Inisiatif Pendigitalan PKS Borang permohonan

Please download the PDF below


Ciri-Ciri Geran

  • Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois.
  • Invois minimum dari perjanjian perkhidmatan (Service Provider) mestilah melebihi

RM 6,000.

  • Tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Skop pendigitalan yang luas:-

I) Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)

II) Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Customer Relationship Management (CRM)

III) Pemasaran Digital / Jualan

IV) Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai

Kelayakan PKS

  • PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
  • PKS adalah berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
  • PKS telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Bagi PKS yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut;
  • Bagi PKS yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, PKS perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua (2) tahun terkini secara berturut-turut.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang aplikasi Insiatif Pendigitalan PKS yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan).
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Profil PKS (jika ada).
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

Langkah Permohonan

  1. PKS hendaklah berhubung dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 panel).
  2. PKS hendaklah melengkapkan dan mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana – mana cawangan Bank.
  3. Setelah permohonan PKS diluluskan, PKS perlu membayar jumlah perbezaan bagi keseluruhan invois selepas ditolak amaun subsidi yang diberikan di bawah Inisiatif dan mengemukakan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan Bank.

Setelah bukti pembayaran dikemukakan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.

Berminat untuk menjadi salah satu pembekal perkhidmatan kami? Mohon di:
https://mdec.my/news/businessdigitalisationgrant/

Copyright © 2022, T Tech Solution Borneo Sdn Bhd (1438354-X) – All rights reserved
Authorized Dealer of FoodZaps Smart F&B System, Genius Point of Sale System, AutoCount Accounting Software,
FeedMe Smart POS, and Zildia Cloud Accounting Software in Sabah, Malaysia.

Comments are closed.